Tuesday, 26 October 2021

APMM bantu kru kapal tidak sedarkan diri ke hospital


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menerima panggilan kecemasan daripada Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Ankara, Turki  berhubung seorang kru kapal KIRAN AUSTRALIA yang tidak sedarkan diri ketika kapal dalam perjalananan menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang lebih kurang jam 5.25 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sejurus menerima maklumat tersebut, bot PERKASA 1221 diatur gerak serta merta ke lokasi kecemasan di sekitar 33.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa. 

Bot PERKASA 1221 tiba di lokasi kejadian sekitar jam 6.33 petang dan mangsa dipindahkan daripada kapal ke bot untuk dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke hospital.

Mangsa Dogan Serafettin,60, merupakan warga Turki segera dibawa ke Hospital Pantai Pulau Pinang sebaik tiba di jeti untuk rawatan lanjut. 

Maritim Negeri Pulau Pinang meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.





No comments:

Post a Comment