Thursday, 2 September 2021

Korea Utara tolak tawaran 3 juta vaksin Sinovac #covid19

 


KOREA Utara enggan menerima tiga juta dos vaksin COVID-19 yang diperuntukkan di bawah inisiatif COVAX, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) pada Rabu.

Sebaliknya, Pyongyang meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengagihkan vaksin Sinovac Biotech itu ke negara yang lebih memerlukan.

Menurut jurucakap Pyongyang, keputusan dibuat susulan berlakunya kekurangan bekalan vaksin di peringkat global dan peningkatan kes di negara-negara lain.


Vaksin keluaran China itu ditawarkan di bawah program COVAX yang menyasarkan untuk membantu negara miskin dengan perolehan vaksin.

Korea Utara adalah sebahagian negara dalam inisiatif ini, namun sehingga kini belum menerima bekalan vaksin.

Pyongyang melaksanakan pendekatan anti virus yang ketat sejak pandemik melanda.

Ia merupakan antara negara terawal yang menutup sempadannya pada Januari tahun lalu.

Namun, China dilaporkan semakin bimbang dengan potensi penularan wabak dalam Korea Utara.

Ini bukan kali pertama Pyongyang menolak bekalan vaksin.

Julai lalu, ia juga mengumumkan enggan menerima dua juta dos vaksin AstraZeneca, atas alasan bimbang dengan kesan sampingannya.

No comments:

Post a Comment