Tatkala sekitar 16,902 penjawat perkhidmatan awam yang masih tidak berdaftar untuk perolehan vaksinasi COVID-19, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini akan mewajibkan semua pegawainya untuk melengkapkan suntikan vaksin tersebut.
Maka semua penjawat awam perlu melengkapkan suntikan vaksin, sebelum 1 November ini.
Tindakan kenyataan itu, bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada orang awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan mereka – tidak akan mengugat keselamatan atau menjejaskan kelancaran operasi.
Dalam tempoh ini, semua penjawat yang terlibat perlu menghadirkan diri pada mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara walk-in untuk menerima suntikan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib, tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sementara petugas yang memiliki alasan kukuh, perlu melampirkan bukti kesihatan dan dokumen tersebut kepada Ketua Jabatan berkaitan.
No comments:
Post a Comment