Bertindak atas maklumat aduan awam di kawasan Sungai Baong, Sungai Duri dan Kawasan Perindustrian Valdor, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang dengan dibantu anggota Stesen Penguatkuasa Valdor, telah menjalankan penguatkuasaan menyeluruh keatas kenderaan barangan yang membawa lebih muatan serta pemeriksaan ke atas pemandu dan kenderaan bagi memastikan tiada warga asing memandu kenderaan barangan dan kenderaan selamat digunakan di atas jalan raya serta mematuhi peraturan jalan raya, spesifikasi kenderaan dan undang-undang semasa menjalankan perkhidmatan, juga bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
Hasil penguatkuasaan yang telah diadakan selama 3 hari berturut-turut, 2 buah lori dikesan dipandu oleh pemandu warga asing, di samping itu kesalahan lebih muatan, kesalahan teknikal dan kesalahan tiada lesen memandu antara kesalahan yang telah diambil tindakan sepanjang operasi dilakukan.
Penguatkuasaan secara berterusan dan tindakan tegas termasuk menyita kenderaan akan dilakukan ke atas pemandu dan pengusaha yang berdegil serta tidak patuh pada peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa serta mengambil pemandu warga asing untuk membawa kenderaan barangan. Pemandu dan pengusaha kenderaan barangan juga dinasihatkan supaya mematuhi SOP Covid-19 seperti yang telah dikeluarkan oleh KKM dan MKN semasa beroperasi.





















No comments:
Post a Comment