Rata - rata rakyat sedang gusar memikirkan pendekatan yang berbeza diambil oleh institusi perbankan berkenaan kemudahan moratorium yang diumumkan sebagai sebahagian daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi ("PEMULIH")
Kegusaran tersebut berpunca daripada struktur pakej Moratorium yang tersedia sebelum ini yang dilihat hanya memberi kelegaan kepada rakyat di dalam jangka pendek tetapi sebenarnya merugikan mereka di dalam jangka panjang
Apa yang diharapkan oleh rakyat ialah penangguhan bayaran bulanan, tidak dibebani oleh kadar faedah atau apa - apa caj tambahan ke atas moratorium yang ditawarkan.
Contoh seperti pakej moratorium yang sebelum ini,
Bagi pakej penangguhan 3 bulan bayaran bulanan, pinjaman akan ditambah dengan 12 bayaran bulanan (1 tahun lanjutan) extra
Manakala pakej penangguhan 6 bulan bayaran bulanan, pinjaman akan ditambah dengan 24 bayaran bulanan (2 tahun lanjutan) tambahan
Keadaan ini hanya akan memberi kelegaan jangka pendek kepada rakyat , tetapi akan merugikan rakyat dalam jangka panjang.
Malah, ianya berkemungkinan akan menjadi perangkap di dalam pengurusan kewangan mereka di masa hadapan.
Kerajaan harus memikirkan struktur pakej moratorium yang betul - betul membantu rakyat di kala rakyat mengharapkan kepada kebijaksanaan kerajaan di dalam mengurus pandemik yang sangat menguji ini.
Janganlah dikecewakan harapan rakyat. Janganlah dimusnahkan kepercayaan rakyat
Sudah 2 tahun kita sama - sama berdepan menghadapi pandemik COVID ini, ada yang lebih terjejas berbanding yang lain. Dengan adanya pakej moratorium yang lebih adil, diharap ianya akan dapat membantu mereka di dalam erti kata sebenar dan bukan hanya kelegaan jangka pendek.
Semoga YB Menteri Kewangan memberi pertimbangan sewajarnya.

No comments:
Post a Comment