Sunday, 11 July 2021

Lori tenggelam dalam longkang, pemandu dikhuatiri lemas

 


Oleh Kosmo MOHD SYALMIZI HAMID
11 Julai 2021, 3:19 pm

*SEBERANG JAYA* – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terperangkap di dalam lori dipandunya yang terbabas ke dalam longkang besar di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 137 dekat Perai di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.34 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang terbabas ke dalam longkang besar dan membabitkan dua mangsa lelaki iaitu pemandu dan kelindan lori.

“Kelindan berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu masih berada didalam lori tersebut dan dikhuatiri telah lemas,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Butterworth melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pencarian di sepanjang longkang tersebut. – K! ONLINE


https://t.co/qd9b9Lh0ZR

No comments:

Post a Comment