Raja-Raja Melayu berpandangan tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos.
Majlis Raja-raja Melayu juga bersetuju bahawa suhu politik yang semakin panas perlu diredakan dan “pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.”
Dalam kenyataan menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad,
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan lapan lagi Raja Melayu, mengambil maklum bahawa angka jangkitan Covid-19 harian membesar walaupun negara di bawah darurat.
Mereka turut mengambil maklum bahawa keadaan ekonomi dan kewangan negara membimbangkan, suasana politik tidak stabil dan perpaduan rakyat semakin retak.
Menurut kenyataan itu, kesemua sembilan Raja Melayu turut mengambil maklum suasana pekerjaan, kehidupan dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan terjejas dan menimbulkan pelbagai kerumitan.
Majlis Raja-raja juga mengambil maklum umat Islam tidak dapat melakukan program ibadah di masjid dan surau, terutama sekali solat Jumaat.
“Demikian juga penganut agama lain, yang turut terhalang daripada melakukan urusan agama masing-masing,” kata kenyataan itu. FMT





No comments:
Post a Comment