Untuk menu terbaru kali ini, KFC menampilkan ayam yang diperap dengan pelbagai herba dan rempah yang memberikan rasa yang unik pada lidah.Menurut KFC, ayam ini yang disaluti dengan rasa dan kesegaran dari daun limau purut, ditambah lagi dengan wangian serai, bawang merah dan juga dilengkapi dengan pes udang.
Pasti ianya akan menawarkan rasa asli berempah pedas, masam, manis dan masin pada setiap gigitan.Bagi anda yang ingin mendapatkannya, ia ditawarkan di semua rangkaian restoran KFC ataupun pesanan melalui aplikasi KFC di Malaysia mulai 22 Jun 2021. Anda boleh menikmati set Kombo 2 Ketul, Kombo 3 Ketul dan juga Box Meal pada harga bermula RM15.99.
Dalam tempoh PKP ini,Jika anda memesan daripada makanan anda di KFC Delivery, ataupun perkhidmatan penghantaran GrabFood dan FoodPanda buat pesanan anda sebelum jam 7.30 malam.

No comments:
Post a Comment