Saturday, 19 June 2021

#KakiBukit Seludup Ketum sorok dalam pintu kereta


 Seperti tidak serik-serik, tindakan seorang lelaki berusia 34 tahun menyembunyikan daun ketum di dalam pintu kereta untuk diseludup ke Kg Wang Kelian terbongkar apabila saspek ditahan di SJR Kaki Bukit awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 4.29 pagi tadi, suspek yang memandu kenderaan Proton Persona telah ditahan di SJR Kaki Bukit semasa dalam perjalanan ke Kg Wang Kelian dan hasil pemeriksaan ketat ke atas kenderaan tersebut menemukan 95 bungkus plastik yang mengandungi daun hijau disyaki daun ketum yang disembunyikan di dalam dinding pintu kenderaan tersebut.


Suspek yang merupakan warga tempatan ditahan polis untuk tindakan lanjut. Kenderaan Proton Persona dan bungkusan daun ketum berkenaan turut ditahan untuk tindakan lanjut.











No comments:

Post a Comment