Saturday, 26 June 2021

#BukitMertajam Pesta Dadah Semasa PKP



Seramai 11 individu termasuk lima wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan pesta dadah di sebuah kondominium di Kompleks BM City, Bandar Perda di sini pada awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, serbuan pada jam 12.01 tengah malam itu hasil maklumat orang awam yang melihat kumpulan berkenaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan kediaman terbabit.

Menurutnya, selepas intipan, polis bertindak menyerbu unit inap desa yang disewa kumpulan itu sebelum mendapati mereka sedang berkumpul di ruang tamu.



"Pemeriksaan di kawasan ruang tamu menemui dua peket lut sinar mengandungi 14 biji pil ekstasi dan serbuk putih dipercayai ketamin seberat 4.7 gram.

"Ujian saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati lima lelaki yang ditahan positif dadah, manakala empat lagi negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Kredit Artikel : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment