Monday, 21 June 2021

11 lelaki sertai perarakan kematian direman 4 hari

Oleh : Nur Izzati Mohamad

Foto Danial Saad


Butterworth: Seramai 11 lelaki yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berarak mengiringi mayat di Jalan Siram, di sini, hingga tular di media sosial direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Nigel Jirin, hari ini. 

Nigel membenarkan kesemua suspek berusia antara 15 hingga 35 tahun direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.


Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1988.



Terdahulu, semua suspek yang berpakaian lokap dibawa ke Mahkamah Butterworth , di sini kira-kira jam 9 pagi oleh polis.


SUSPEK yang dipercayai menyertai perarakan mayat di Jalan Siram, diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Butterworth di sini. FOTO Danial Saad 

SUSPEK yang dipercayai menyertai perarakan mayat di Jalan Siram, diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Butterworth di sini. FOTO Danial Saad

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara semalam membuka kertas siasatan berhubung insiden berkenaan selepas menerima laporan mengenai video tular perarakan kematian di beberapa platform media sosial.

Sepasukan polis dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), IPD Seberang Perai Utara serta Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) daerah itu kemudian menjalankan gerakan mengesan individu yang berada dalam video berkenaan. 

Susulan itu, seramai 11 individu ditahan dalam operasi yang diadakan selama empat jam sekitar Butterworth dan Mak Mandin, di sini, tidak sampai dalam tempoh 24 jam usaha mengesan suspek terbabit dilancarkan. 

Semalam, tular video berdurasi 56 saat memaparkan sekumpulan individu berarak dan sebahagiannya dilihat menari, bermain gendang dan membawa sepanduk ketika mengiringi keranda.

Insiden itu menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet yang mempertikaikan tindakan berkenaan yang berlaku ketika negara melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bagi membendung penularan Covid-19.

Kredit Sumber : Harian Metro

1 comment:

  1. Hang cakap elok2 sikit apadia u cakap pariah hang ni kapiah bodoh makan taik baruah sial anak haram cakap elok sikit malaysia ni bukan u punya kita ni berbilang kaum belajar mau hormat kaum dan agama ohhh kan kau ni tak ada otak #otakkatlututmakantaik#

    ReplyDelete