Monday, 22 February 2021

Zahid Hamidi nafi UMNO pernah bincang wujudkan kerjasama dengan DAP




Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau bagaimanapun mendakwa, terdapat seseorang daripada parti UMNO yang kerap bertemu dengan pemimpin parti DAP.

Tegas Ahmad Zahid, adalah terlalu awal untuk UMNO mengumumkan gabungan dengan mana-mana parti.

“Terlalu awal untuk menyebutkan bahawa kita mahu bergabung dengan parti itu dan parti ini.

“Kita tidak pernah berbincang walaupun ada seseorang dari parti kami yang memegang jawatan agak penting ketika itu yang kerap bertemu pemimpin parti itu (DAP) berbanding Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya sebagai dipetik menerusi satu wawancara hati ke hati bersama Presiden UMNO yang disiarkan di Malaysiaport pada Ahad.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa pernah mendakwa, wujud gerakan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, beliau menerima laporan bahawa UMNO dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk tujuan itu.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga menjelaskan, perundingan itu melibatkan beberapa orang yang tidak dimaklumkan kepada parti.

Annuar bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang terlibat dalam 'rundingan' itu, sebaliknya, hanya memberitahu, pertemuan itu melibatkan pucuk kepimpinan tertinggi.

1 comment:

  1. ITULAH!! Bila masa UMNO sanggup bekerjasama dgn. DAP BANGKAI ANJING?!! Itu semua MO kempen JAHAT Musuh2 Islam//Melayu!!

    PAS tu pula dah jadi semakin GILA KUASA - sbb. tu sanggup jadi KULI BISU, PEKAK & BUTA pd. rejim DIKTATOR NAZI muhyiddin/parti PENYAMAQ BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal ni!!

    PECAT juga Annuar KULI HINA si Melayu2 LIBERAL Bersatu ni - dr. UMNO segera!!

    Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal, melalui ORDINAN DARURAT HARAM, yg. mana ORDINAN2 DARURAT kena BENTANG dulu di PARLIMEN sblm. dpt. diLULUSkan berdasrkan UBDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3)- sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!

    Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!

    ReplyDelete