Monday, 22 February 2021

Saman fitnah: Prosiding taksiran ganti rugi Guan Eng didengar 14 April


 Mahkamah Tinggi menetapkan 14 April ini untuk mendengar prosiding taksiran ganti rugi yang akan diperoleh bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam saman fitnahnya terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin.

Saman itu difailkan Guan Eng berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Peguam Simon Murali yang mewakili Guan Eng ketika dihubungi pemberita berkata prosiding taksiran ganti rugi di hadapan Hakim Datin Rohani Ismail itu sepatutnya didengar hari ini, namun pihaknya dimaklumkan bahawa prosiding dilapangkan dan tarikh pendengaran baharu ditetapkan pada 14 April.

Pada 28 Februari tahun lepas, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu memperoleh penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan terhadapnya.

Guan Eng memfailkan saman fitnah pada 6 September 2019 berhubung satu siri artikel ‘Dari Fail SPRM’ yang disiarkan dalam kedua-dua versi bahasa Inggeris dan Melayu oleh portal Malaysia Today milik Raja Petra antara 24 Februari dan 15 Mac 2019.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu adalah berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam projek infrastruktur berkenaan.

Guan Eng menuntut ganti rugi teladan atas alasan Raja Petra telah mendapat keuntungan daripada jumlah pembaca yang ramai bagi kesemua artikel.

Beliau juga menuntut permohonan maaf di halaman muka depan akhbar dan satu perintah injunksi untuk menghalang blogger itu daripada mengulangi dakwaannya.

Setiausaha Agung DAP itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra gagal memberikan maklum balas terhadap notis saman yang diiklankan Guan Eng melalui tiga akhbar pada 10 Februari tahun lepas.

Sebelum itu, Guan Eng cuba menyerahkan writ saman dan penyataan tuntutan kepada Raja Petra melalui perkhidmatan peribadi di alamat terakhir penulis blog tersebut yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya namun gagal. — Bernama

3 comments:

  1. Replies
    1. PEMBETULAN:

      Si PENJENAYAH guan eng HOMO & Pemimpin2 DAP PARASIT lain ni punya TAKUT nak buat REPOT POLIS ke atas YAM Raja Petra, berkaitan kes2 RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM/LARI dr. CUKAI/PECAH AMANAH/SALAH GUNA KUASA dlm. projek PELAN INDUK PENGANGKUTAN PP (PIPP) -TEROWONG BAWAH LAUT PP, yg. berNILAI $60 BILLION - tapi hanya berani buat SAMAN SIVIL ke atas Raja Petra - kerana DAP PARASIT ni telah berjaya MENJAHANAMkan habis2an Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN kat NEGARA ISLAM kita ni, sampaikan KETUA HAKIM NEGARA & HAKIM2 MAHKAMAH ATASAN telah berjaya diPILIH secara MUTLAK oleh si PENJENAYAH2 PARIAH tommy thomas/gopal sri ram DAP PENJAJAH Zionis ni, bersama DIKTATOR mahathir PARIAH kerala depa, dgn. MELANGGAR Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2009 - yg. mana legasi amat JAHAT ini terus diSAMBUNG oleh rejim DIKTATOR muhyiddin/parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal NAZI!!

      Delete
  2. Dan sampai skrg., SPRM/PDRM/PEGUAM NEGARA baru - TAK buka balik kes PERJUMPAAN RAHSIA yg. HARAM, PENIPUAN pd. UNDG2 & SALAH GUNA KUASA serta disyaki kes RASUAH - oleh bekas HAKIM NEGARA, iaitu Richard Malanjun, bekas PEGUAM NEGARA, iaitu tommy thomas PARIAH, guan eng HOMO & Sekoq Pendakwa Raya dlm. kes YAM DS Najib - pd. MALAM sebelum PERBICARAAN supaya guan eng HOMO diBEBASkan dlm. kes RASUAH Banglo/penjualan murah-penipuan Status TANAH KERAJAAN negeri PP kpd. Kroni - guan eng & bini dia!

    Ini mmg. GILA habis!! Mcm. mana PENJENAYAH2 geng DAP Parasit ZIONIS ni boleh KEBAL UNDG2, sampai begitu sekali kat NEGARA ISLAM kita ni?!

    Lihat di -
    https://www.thethirdforce.net/video-tommy-thomas-richard-malanjum-lge-and-hanafiah-met-to-plan-lges-acquittal/

    NOTA: Malangnya Pengasas PARIAH The Third Force net ni - telah BERPALING TADAH-memuja skrg. si DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/DAP Parasit!!

    ReplyDelete