Monday, 22 February 2021

Kebakaran di Jambatan Pulau Pinang libatkan kabel 132kV

 


PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa kebakaran di Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang petang ini adalah melibatkan kabel 132 kilovolt (kV) dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir. Husaini Husin berkata, kebakaran dikesan berlaku kira-kira pukul 4 petang, namun punca sebenar masih dalam siasatan.

Menurutnya, TNB bekerjasama rapat dengan polis, bomba dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengawal kebakaran bagi membolehkan aliran trafik di jambatan itu kembali lancar.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husaini memberitahu, bekalan elektrik kepada semua pengguna di Pulau Pinang masih stabil dan proses baik pulih kerosakan kabel yang terjejas akan dijalankan segera.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi talian TNB CareLine 15454 sekiranya terdapat sebarang masalah.

- K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2021/02/22/kebakaran-di-jambatan-pulau-pinang-libatkan-kabel-132kv/

No comments:

Post a Comment