Friday, 5 February 2021

Lee Chong Wei sumbang 50 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan

 


LEGENDA badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei bakal menyumbangkan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam.

Perkata itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Steven, hasrat itu disuarakan Chong Wei menerusi satu panggilan telefon pada Khamis sejurus selepas beliau mendapat tahu mengenai program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” yang dijalankan Ahli Parlimen itu.

“Wira kita datang menyelamat! Semalam Chong Wei telefon saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah. Kami sempat berbual-bual tentang keluarga masing-masing, kesihatan dan sektor sukan negara.

“Berita baik daripada wira kesayangan kita: Chong Wei akan taja 50 buah tablet Samsung Tab A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!

“Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. Kam siah (terima kasih)!” tulis Steven.

 Difahamkan, tablet itu akan diserahkan kepada keluarga yang tidak berkemampuan bagi kegunaan pembelajaran dalam talian.

Program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” itu dilancarkan pada 24 Januari lalu bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Bukit Mertajam.


 



2 comments:

  1. Replies
    1. PEMBETULAN:

      BAGUSnya Chong Wei PEMURAH & BAIK HATI ni!!

      Patutnya juga, INDUSTRI2 GERGASI amat TAMAK, RASIS & BONGKAK si PENYEBAR2 UTAMA COVID-19 melalui BERIBU2 PEKERJA2 ASING/PATI2 depa - BUKAN shj. diHUKUM PENJARA, tapi juga kena bayar DENDA & PAMPASAN $berJUTA2 pd. RAKYAT & NEGARA, yg. juga boleh digunakan utk. membeli TABLET2 bagi SETIAP pelajar2 MISKIN kita!!

      Lihat di - https://www.penangkini.com/2021/02/lee-chong-wei-sumbang-50-tablet-untuk.html

      Delete