Wednesday, 30 December 2020

[VIDEO] - Respon Lando Zawawi dengan kenyataan MB Perak mengenai turap jalan/tampal lubang sendiri undang risiko kepada pengguna lain


Dalam kenyataan Menteri Besar Perak semalam mengenai gesaan beliau untuk meminta orang ramai diminta tidak menurap atau menampal sendiri lubang pada jalan raya, kerana dikhuatiri akan mendatangkan risiko kepada pengguna yang lain mendapat respon dari Lando Zawawi Brotherhood Malaysia.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, tindakan tersebut boleh mengundang bahaya kerana ia dibuat tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Rujuk Link Kenyataan Menteri Besar Perak << klik Sini>>



Melalui posting di laman Facebook semalam, Lando yang juga merupakan pengasas kumpulan ikatan silaturrahim, Brotherhood, mengutarakan pendapatnya mengenai pendapatnya mengenai ulasan MB Perak berkaitan turapan jalan.

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen dengan 624 komen dan 129 perkongsian.

Menurut Lando , "Jika orang awam nampak lubang tengah jalan, tampal jalan waima dengan tanah kubur pun wa (saya) tak kisah, tak ikut SOP, sebab korang ramai,  mana pemantauan  engkau orang."

"Kalau orang/pembayar cukai berniat baik, nak ambik risiko atas jalan, ambil masa atas jalan , kreativiti atas jalan secara percuma, kau nak marah apa? tambah Lando.




No comments:

Post a Comment