Seekor kucing sedang bunting mati manakala seekor lagi cedera selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang wanita di bawah sebuah pangsapuri di Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu dikatakan berpunca apabila wanita berkenaan berang kerana mendakwa beberapa ekor kucing telah membuang najis di hadapan rumahnya di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, tindakan oleh suspek berusia 51 tahun itu telah disaksikan oleh seorang lelaki yang tampil membuat laporan polis.
#SeberangJaya
— penangkini (@penang_kini) December 29, 2020
Beberapa video memaparkan keadaan kucing didakwa telah dipukul oleh seorang individu tidak bertanggungjawab dikatakan berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang tular di media sosial hari ini. pic.twitter.com/lTjfYCISI5
“Menurut pengadu (saksi), suspek telah memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan oleh rakan pengadu dengan sebatang besi yang diambil dari dalam sebuah kereta.
“Akibat kejadian itu, salah seekor kucing tersebut yang bunting mati, manakala seekor anak kucing luka pada mulut,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Shafee berkata, saksi itu kemudiannya menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebelum kucing tersebut diambil dan dibawa ke ibu pejabat JPV di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini.
“Polis telah menahan suspek yang bekerja sebagai seorang broker itu dan soal-siasat mendapati dia tiada sebarang rekod lampau,” katanya lagi.
Shafee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015. – K! ONLINE
A very sinful act and he'll pay for that. Nature has the answer.
ReplyDeletesapa yg buat kerja bodoh ni mmg melampau, tak kira apa bangsa dia pon. patut dihukum sbg pengajaran.
ReplyDeleteHukum pukul si pelaku tu mcm dia pukul kucing..bagi dia rasa mcm mana sakit kena pukul.
ReplyDelete