Thursday, 26 November 2020

Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan - Tengku Zafrul

 

Kerajaan bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan hingga RM10,000 daripada Akaun 1.


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia akan memberi manfaat kepada lebih 8 juta ahli.


“Setelah berbincang dengan pengurusan KWSP pagi tadi suka cita dimaklumkan bahawa program i-Sinar dibuka dan diperluas kepada semua ahli yang terjejas pendapatan, tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan. Ahli layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.


BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment