Thursday, 26 November 2020

Cucu ular, muka tak boleh percaya, TMJ komen gambar Saddiq-Najib

 


1. Dato Sri Najib Razak menaikmuat foto lawatan Bekas Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kediamannya. Foto berkenaan dinaikmuat dalam laman Instagram miliknya.

2. Ramai netizen memuji cara Najib melayan tetamu walaupun Syed Saddiq pernah menyatakan beliau masuk politik kerana mahu jatuhkan Najib. Kemesraan melayan tetamu jelas tergambar dalam foto yang dikongsi Najib. Komen positif turut diberikan netizen melihat cara layanan seorang bekas Perdana Menteri kepada Saddiq dan rombongannya.

3. Walaupun beliau sering menjadi bahan kritikan dan hinaan oleh Syed Saddiq namun atas kematangan politik yang ada pada DSN beliau tetap menerima baik tetamu yang datang. Dalam pertemuaan tersebut mereka bertukar tukar pandangan – dan idea mengenai politik dan ekonomi negara.

4. Foto berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji kematangan politik DSN. Apa yang mengejutkan foto berkenaan juga telah mendapat perhatian dan dikomen oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim.


5. Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Johor turut meninggalkan komen di Instagram Najib. Baginda melontarkan komen yang berbunyi “cucu Ular. Oppoturnist. Muka tak boleh percaya”. Komen tersebut mendapat 6227 sukaan.

6.Bagaimanapun salah seorang daripada rombongan Saddiq menaikmuat karikatur Najib sebagai badut dalam laman sosial miliknya pada sebelah malam hari yang sama selepas menyertai Saddiq ke rumah najib Razak. Mutalib Uthman yang turut serta dalam rombongan tersebut mengenakan baju bercetak ‘MUDA’.


7. Ini telah menimbulkan kemarahan netizen sekaligus turut kesal apabila layanan baik Najib Razak dibalas dengan kebiadapan. Mereka turut mengecam Najib Razak kerana ‘Terlalu Baik’ dan membenarkan ‘Ular’ menyusup sebagai tetamu di kediamannya.

8. Percubaan Mutalib Uthman membela diri dengan menyatakan beliau sebenarnya mahu ‘Troll’ parti Muda. Bagaimanapun alasan Mutalib tidak diterima netizen. Facebook Mutalib diserang warganet yang menyifatkan beliau sebagai orang yang tidak mengenang budi dan pelbagai gelaran lagi. Mereka turut mengecam Parti MUDA yang digunakan Saddiq sebagai platform politik sebagai parti yang dipenuhi kebiadapan.






 




2 comments:

  1. PECAT Penasihat2 TAM DS Najib ni, mmg. menCURIGAkan (PEGUAM2 YAM DS Najib dlm. kes 1MDB/SRC pun PELIK!!) !! Mcm. mana boleh BUAQkan MUSUH2 ISLAM/MELAYU dr. puak Melayu Liberal HOMO-PENJILAT hanyir DAP Parasit & MUSUH2 YAB DS Najib sendiri masuk dgn. begitu MUDAH, ke KUBU beliau?!! Disyaki, MUSUH2 ni nak MERACUN YAM DS Najib sbb apa MOTIF depa sebenaqnya - sdgkan lepas tu, punya mengHINA YAM DS Najib!

    ReplyDelete
  2. Dan DASYATnya ni!! Mana SPRM/KDN ni!

    Rejim DAP guna duit KERAJAAN NEGERI - utk. taja hampir $1/2 JUTA selama 5 thn. kpd. MUZIUM KOMIK Pemimpin DAP yg. mengAGUNGkan KOMIK2 memuja PENGGANAS Parti KOMUNIS Malaya bawah chin peng, di PP!!

    Lihat di - https://www.facebook.com/najibrazak/photos/saya-pernah-bertanya-tentang-isu-ini-tapi-dap-membisupada-tahun-lepas-komik-prop/10157514589575952/

    ReplyDelete