Friday 6 November 2020

Maqis rampas mangga dari Thailand

 

KUBANG PASU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah merampas 130 kilogram mangga yang cuba dibawa masuk dari Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

 

Pengarahnya, Lily Rosalind Paul berkata, pemeriksaan rutin dilakukan terhadap sebuah lori dari Thailand kira-kira pukul 10 malam itu menemukan enam bakul berisi mangga dianggarkan bernilai RM600.

 

“Kita dapati bekalan mangga itu cuba dibawa masuk ke Malaysia tanpa mematuhi syarat import seperti ditetapkan dalam Sijil Perakuan Pematuhan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

--UTUSAN

No comments:

Post a Comment