Thursday 5 November 2020

Ibu masih tidak tahu Siti Nur Surya dibunuh

Ismail Muda (kanan) bersama isteri dan anak-anaknya.


KUALA TERENGGANU: Walaupun pemergian Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu sudah lima hari berlalu, namun keluarga mangsa masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada ibunya, Zaini Muda, 54.

 

Ismail Muda, 58, berkata, beliau memang tidak sanggup lagi hendak menceritakan kejadian sebenar menimpa anaknya kepada isteri setiap kali ditanya ke mana Allahyarham.

 

"Memang isteri melihat jenazah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan tetapi disebabkan faktor kesihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwah).

 

"Jadi, setiap kali ditanya, saya akan beritahu kakak sudah meninggal di hospital sebab demam panas.

 

"Saya tidak sanggup cerita hal sebenar kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini pagi tadi.

 

--sinarharian

No comments:

Post a Comment