Thursday 5 November 2020

Burung murai Malaysia jadi buruan negara jiran


KOTA TINGGI: Kualiti burung murai tempatan dengan nilainya mencecah ribuan ringgit menjadi punca haiwan itu sering diseludup ke Indonesia.

 

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, perkara itu dikesan susulan penahanan seorang lelaki Indonesia dalam Op Benteng Covid-19 dan menemukan 450 burung murai untuk diseludup ke negara jiran semalam.

 

Jelas beliau, burung murai menjadi kegilaan dan buruan masyarakat di Indonesia kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring.

 

Menurutnya, suspek berusia 61 tahun itu ditahan di kawasan perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi.

 

“Operasi dilakukan anggota bot ronda dalam tugas Op Benteng Covid-19 yang memintas dan menahan bot fiber dinaiki suspek. Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM163,408,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

-UTUSAN

 

 

No comments:

Post a Comment