Kerajaan kini akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah secara bersasar, khusunya kepada sektor pelancongan serta sektor peruncitan.
Kadar pemberian sejumlah RM600 sebulan akan diberikan kepada pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah. Untuk makluman, penetapan program ini adalah pada had 500 pekerja bagi setiap permohonan.
Sebelum ini hanya terhad pada 200 kapasiti pekerja sahaja.
Dijangka sekitar RM1.5 bilion akan diperuntukan pada PSU, dan seramai 70,000 majikan serta 900,000 pekerja akan menerima manfaat tersebut.
No comments:
Post a Comment