Saturday 7 November 2020

#Belanjawan2021 Pendidikan Negara terima peruntukan terbesar


Pada pembentangan Belanjawan 2021, institusi pendidikan negara kini antara pihak yang menerima peruntukan terbesar.


Di mana, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan berjumlah RM50.4 bilion, sementara itu Kementerian Pengajian Tinggi pula menerima peruntukan sekitar RM14.4 bilion.


Tindakan penyaluran dana ini adalah untuk mengfokuskan kepada pembangunan pendidikan negara – bagi memastikan jaminan kualiti pendidikan dapat terus disalurkan.


Rangkuman dana juga merangkumi bantuan makanan khasiat serta agihan membaikpulih semula infrastruktur bangunan pendidikan.

No comments:

Post a Comment