ANGGOTA bomba membantu
seorang lelaki yang diserang lebah di Lenggong hari ini. - GAMBAR IHSAN JBPM
LENGGONG: Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila cedera selepas disengat sekumpulan lebah ketika melalui sebuah ladang teh di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba
dan Penyelamat Lenggong berkata mangsa Kamaruddin Othman, 72, mengalami bengkak
di beberapa bahagian muka akibat dihurungi kumpulan lebah berkenaan.
“Kami menerima panggilan
mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.40 pagi dan segera mengerahkan pasukan
dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong ke lokasi bagi kerja-kerja
menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut jurucakap,
pasukan bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap ‘Bee Suit’ bagi
menyelamat mangsa yang telah dihurung lebah.
Katanya, operasi diketuai
Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Abdullah itu tamat pada pukul 11.54 pagi dan
mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk
menerima rawatan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment