Lebih setahun menderita dikurung suami di dalam tandas, wanita akhirnya diselamatkan polis dan pekerja kebajikan pada 12 Oktober lalu.
Menurut Harian Metro yang memetik laporan media eva.vn, mangsa bukan sahaja dikurung dalam tandas sempit, kotor dan berbau, malah sepanjang 18 bulan itu dia tidak diberi makanan dan minuman selama beberapa hari.
Difahamkan, penderitaan wanita berusia 35 tahun itu disedari jiran yang kemudian mengadu kepada aktivis wanita mengenai mangsa kerana tidak sanggup melihat dia terseksa. Malah, ketika diselamatkan mangsa dalam keadaan lemah tidak bermaya.
Berikutan itu, suaminya ditahan pada Jumaat lalu dan polis masih menyiasat motif suspek mengurung isterinya.
Difahamkan, pasangan yang sudah 17 tahun berkahwin itu memiliki tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 17 tahun.
No comments:
Post a Comment