Bintang Brazil itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Fifa itu mendedahkan butiran lanjut mengenai jangkitan tersebut di laman sosial Instagramnya.
Ronaldinho memberitahu pengikutnya bahawa beliau tidak bergejala dan kini menjalani kuarantin di Belo Horizonte (BH) di Brazil.
"Saya telah berada di sini di BH sejak semalam. Saya datang untuk menyertai sebuah acara," katanya menerusi Instagram pada Ahad.
"Saya menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan positif.
"Saya dalam keadaan baik, tiada gejala. Tetapi kita akan menangguhkan penyetaan dalam acara itu kemudian.
"Tidak lama lagi kita akan di sana bersama," katanya.
Ronaldinho baru-baru ini dibebaskan dari tahanan rumah selama lima bulan selepas didakwa cuba memasuki Paraguay dengan pasport palsu. - Mail Online
No comments:
Post a Comment