GEORGE TOWN: Kerajaan
negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan penangguhan program fasa pertama
pemberian wang tunai untuk ibu tunggal dan wanita warga emas, yang dijadualkan
pada 24 dan 25 Okt ke satu masa yang akan diberitahu kemudian.
Pengerusi Jawatankuasa
Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh hari ini berkata, keputusan untuk
menangguhkan proram itu telah diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri
semalam.
“Penangguhan itu dibuat
disebabkan kenaikkan jumlah kes COVID-19 di Pulau Pinang, selain kerisauan
mengenai keselamatan warga Pulau Pinang, terutamanya warga emas yang mudah
dijangkiti virus tersebut.
“Penangguhan ini
bergantung kepada situasi COVID-19 di Pulau Pinang dan jika ia masih tidak
berkurangan sehingga akhir tahun, mungkin kami akan menangguhkannya sehingga
tahun hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Phee berkata, 11,705 ibu
tunggal dan 49,176 ibu warga emas di Pulau Pinang telah mendaftar di bawah
program ini dan masing-masing layak menerima RM100 seorang.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment