Kenderaan yang dinaiki suspek dilaporkan hilang di Kubang Semang. (Gambar kecil: Azhar Hashim)
KULIM: Seorang penganggur
disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan ditahan di Jalan
Sungai Karangan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim,
Superintenden Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 23 tahun dari Taman Kelisa
Ria Sungai Petani itu dilihat mencurigakan semasa berada dalam sebuah kereta
jenis Proton Persona warna ungu ketika melalui jalan terbabit menghala ke Kuala
Ketil kira-kira jam 11 malam.
"Hasil pemeriksaan
nombor chasis kenderaan mendapati Proton Persona terbabit dilaporkan hilang di
Kubang Semang.
"Semakan rekod
lampau juga mendapati suspek dikehendaki polis bersabit kes dadah di Sungai
Petani dan mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah," katanya
menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek
mengaku terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di Taman Desa Aman,
Sungai Karangan 6 Oktober lalu.
"Dalam kejadian itu,
sebuah kereta jenis Proton Waja dilarikan termasuk wang tunai RM2,400, kad
bank, MyKad, lesen dan kad pekerja milik mangsa turut hilang.
"Kes disiasat di
bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.
--sinarharian
No comments:
Post a Comment