IPOH: Polis sedang
menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa dikasari manakala adik
perempuannya ditumbuk sehingga pengsan semasa menghadiri satu mesyuarat sebuah
parti politik di Teluk Intan, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir
Perak, ACP Kamarudin Mat Salleh berkata pihaknya menerima laporan daripada
wanita itu yang berumur 32 tahun kira-kira 11.04 malam, pada hari yang sama, di
Balai Polis Teluk Intan.
"Beberapa individu
telah dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen
323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkab kecederaan, masih
diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Wanita terbabit merupakan
seorang guru, dalam laporan polis yang tular mendakwa beliau bersama sembilan
individu datang ke sebuah hotel di Teluk Intan kira-kira 8.30 malam kerana
mendapat jemputan untuk menghadiri satu mesyuarat parti namun apabila tiba
telah dihalang untuk masuk.
Kira-kira sejam kemudian,
semasa berdiri di hadapan pintu bilik mesyuarat, telah keluar seorang lelaki
yang dikenali dan menolak beliau sehingga jatuh selain menumbuk bahagian muka
adik perempuannya sehingga pengsan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment