PARIS - Pereka fesyen
legenda Kenzo Takada dari Jepun, meninggal dunia di Perancis pada Ahad akibat
koronavirus (Covid-19), lapor Agensi Anadolu, memetik jurucakap. Beliau berusia
81 tahun.
Dilahirkan pada 1939,
Kenzo mula mengukir nama di Paris pada usia 26 tahun dan berjaya membina
empayar fesyen mewah di bandar raya itu sebelum bersara pada 1999.
Hasil rekaannya bukan
sahaja popular di Paris malah di serata dunia dari Iceland, Mexico hingga ke
Taiwan.
Pada tahun 2016, beliau
menerima anugerah Legion d'Honneurm anugerah tertinggi kerajaan Perancis.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment