SHAH ALAM: Akibat
memiliki dan menjual produk tidak berdaftar dan bernotifikasi, syarikat Nur
Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. dimiliki usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad
Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat didenda RM14,500 atas 17 pertuduhan oleh
Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Hanie Dzatul
Akhmar Zulkefli menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat tersebut sebagai orang
kena saman (OKS) diwakili Pengarah Bersamanya, Nur Sajat, 35, dan Ashaari
Maznan, 44, menukar pengakuan kepada bersalah.
Mengikut pertuduhan, OKS
didakwa dengan 11 pertuduhan memiliki produk kosmetik tidak berdaftar dan lima
kesalahan memiliki kosmetik tidak bernotifikasi yang dilakukan pejabat syarikat
tersebut di Jalan Serai Wangi, Seksyen 16 di sini pada 15 Ogos 2018, pukul
11.40 pagi.
Selain itu, OKS juga
didakwa dengan satu lagi pertuduhan iaitu menjual produk tidak berdaftar kepada
seorang wanita pada pukul 11.35 pagi, di lokasi dan tarikh sama.
Mengikut pertuduhan, OKS
melanggar peraturan 7 (1) (a) dan 18A (1) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 30 (1) dan 18A (15) yang boleh
dihukum mengikut Seksyen 12 (2) Akta Jualan Dadah 1952.
Jika disabit kesalahan,
OKS boleh didenda tidak lebih RM50,000 bagi setiap pertuduhan.
– UTUSAN
No comments:
Post a Comment