LISBON: Bintang bola
sepak sensasi merangkap kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo
disahkan positif COVID-19 sekali gus terlepas peluang untuk beraksi dalam
perlawanan menentang Sweden pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
"Cristiano Ronaldo
dikeluarkan daripada pasukan kebangsaan selepas dijangkiti COVID-19. Pemain itu
berada dalam keadaan baik tanpa gejala dan kini dikuarantin," memetik
laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada Selasa.
Ronaldo pemain ketiga
Portugal yang dijangkiti COVID-19 selepas Jose Fonte dan Anthony Lopes.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment