PARIS: Jumlah jangkitan
COVID-19 di Perancis mencecah 1,000,369 pada Khamis manakala jumlah kematian
seramai 4,375 orang, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut angka terbaharu
Johns Hopkins University itu Perancis menjadi negara Eropah kedua yang
mencatatkan kes melebihi sejuta selepas Sepanyol mencapainya pada Rabu.
Lebih banyak bandar di
Perancis akan beralih ke tahap waspada maksimum dengan perintah berkurung
mungkin dilaksanakan, kata jurucakap kerajaan Gabriel Attal pada Rabu.
Eropah mengalami
gelombang pandemik kedua dengan banyak negara di rantau ini menunjukkan
lonjakan jangkitan harian. Antaranya, Britain mencatatkan 26,688 kes pada Rabu
manakala kes di Poland melebihi 10,000 buat julung kalinya.
Menteri Kehakiman Hungary
Judit Varga dan Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn masing-masing turut
dilaporkan positif virus itu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment