HALIMATON Saadiah Saad (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk pelajar yang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Kolej Kediaman Bukit Kachi, UUM, Sintok, Kubang Pasu hari ini.
KUBANG PASU: Kerajaan
Kedah membelanjakan RM1.1 juta bagi menyediakan bantuan bekalan makanan kepada
penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran
dan PKPD Bersyarat di negeri ini sejak Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa
Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan negeri, Halimaton Saadiah Saad
berkata, jumlah perbelanjaan tersebut tidak termasuk sumbangan bekalan makanan
daripada badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan individu.
Menurutnya, bantuan
tersebut juga melibatkan wang tunai sebanyak RM200 bagi setiap keluarga di Zon
Melor, Ambangan Heights, Amanjaya, Sungai Petani dan Rumah Pangsa Tongkang
Yard, Seberang Perak, Alor Setar yang terlibat dengan penguatkuasaan tersebut.
“Kerajaan negeri tidak
mengabaikan kebajikan penduduk-penduduk yang menghadapi masalah mendapatkan
bekalan makanan berikutan dikuarantin di rumah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada pelajar
yang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Kolej Kediaman
Bukit Kachi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini hari ini.
Pada masa ini, seramai 246 pelajar UUM menerima rawatan di pusat kuarantin dan rawatan itu sejak 9 Oktober lalu.
Dalam tempoh tersebut, seramai 26 pelajar disahkan positif Covid-19 bagi Kluster Bah Sintok.
Halimaton memberitahu,
penghantaran bekalan barangan makanan kepada penduduk terlibat Covid-19 itu
pula diuruskan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Dalam pada itu,
tambahnya, penduduk di negeri disaran mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan
Covid-19 di negeri ini.
“Saya dapati penduduk di
negeri ini mempunyai kesedaran yang semakin tinggi terhadap kepentingan
mematuhi SOP dalam memastikan abak tersebut berakhir dengan cepat,” katanya.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment