AMERIKA SYARIKAT: Barron
Trump, anak lelaki bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pula
dilaporkan dijangkiti Covid-19.
Isteri Trump, Melania
mengesahkan perkara itu pada Rabu dan kenyataan mengenainya dimuat naik dalam
blog Rumah Putih.
Trump dan Melania
disahkan dijangkiti virus itu pada 3 Oktober lalu.
Agensi Anadolu melaporkan
Barron pada awalnya diuji negatif tetapi hasil saringan berikutnya mendapati
beliau positif Covid-19.
"Ketakutan saya
menjadi kenyataan. Nasib baik dia masih remaja, kuat dan tidak menunjukkan
sebarang gejala," kata Melania.
Trump ketika ditanya
mengenai keadaan anaknya sebelum meninggalkan Rumah Putih untuk menghadiri
kempen pilihan raya berkata, Barron berada dalam keadaan "baik-baik
saja."
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment