KUALA LUMPUR: Kerajaan
menjelaskan lagi pengecualian dari arahan bekerja dari rumah yang diberikan
kepada pekerja sektor awam dan swasta bagi kakitangan yang terlibat dalam
peranan pengurusan serta penyeliaan
Arahan kerja dari rumah
berkuat kuasa untuk kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat
(PKPB) iaitu Sabah, Labuan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata bahawa maksimum 10 peratus pekerja
pengurusan dan penyeliaan akan dibenarkan bekerja di pejabat.
Ini adalah untuk mereka
yang tugasnya meliputi perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan,
perancangan dan ICT.
Mereka bagaimanapun hanya
dibenarkan berada di pejabat selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2
petang untuk 3 hari seminggu.
Azmin berkata syarikat
tidak perlu memohon pengecualian, sebaliknya majikan hanya perlu mengeluarkan
surat untuk mereka yang dibenarkan bekerja di pejabat selama tempoh PKPB.
"Majikan perlu
menetapkan garis panduan BDR (bekerja dari rumah) yang bersesuaian mengikut
keperluan syarikat masing-masing," tambahnya.
Arahan bekerja dari rumah
diumumkan semalam dalam usaha untuk membendung penularan Covid-19 dengan
menghadkan bilangan pekerja di kilang dan pejabat.
Kira-kira satu juta
pekerja dijangka diarah bekerja dari rumah.
Sementara itu, surat
pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam memerintahkan ketua jabatan untuk
mengehadkan jumlah kakitangan awam persekutuan di pejabat hingga 30 peratus
sambil memastikan bahawa perkhidmatan agensi asas kepada orang awam tidak
terjejas.
Perkhidmatan penting
diberikan pengecualian daripadda arahan ini
.Surat pekeliling yang
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd
Rahman, menyatakan bahawa sebarang aktiviti seperti mesyuarat, perbincangan dan
latihan, mesti dilakukan secara dalam talian.
Ia juga menyatakan bahawa
dokumen sulit tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan izin dari ketua jabatan.
No comments:
Post a Comment