Lima lelaki dikompaun
dalam Operasi Bersepadu di sebuah kafe di Butterworth malam tadi.
BUTTERWORTH- Lima lelaki
dikenakan kompaun kerana tidak mendaftar nama dan nombor telefon melalui
aplikasi MySejahtera di sebuah kafe di Pusat Perniagaan Raja Uda, di sini malam
tadi.
Ketua Polis Daerah
Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua
yang dikompaun adalah pemilik premis, pelayan dan pelanggan di kafe terbabit.
Menurutnya, serbuan dalam
Operasi Bersepadu pada jam 11.30 malam itu turut melibatkan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Pihak berkuasa sedang
mengambil butiran daripada salah seorang lelaki yang dikompaun dalam operasi di
Butterworth malam tadi.
"Operasi yang
dijalankan malam tadi adalah operasi yang berterusan bagi memantau pematuhan
prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dalam operasi itu, kita mengeluarkan kompaun kepada lima lelaki di sebuah kafe.
"Mereka yang
dikompaun berusia lingkungan 29 hingga 41 tahun itu didapati tidak mendaftar
butir peribadi ke dalam aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis
tersebut," katanya ketika dihubungi tadi.
Tambahnya, kesemua lelaki
tersebut dijalankan ujian suhu badan dan mereka berada dalam keadaan sihat.
"Mereka didapati
melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan
Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 8) 2020.
"Premis itu turut diarahkan
tutup selama tujuh hari oleh MBSP kerana tidak mematuhi SOP yang
ditetapkan," katanya.
--SINARHARIAN
No comments:
Post a Comment