SULTAN Johor, Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10
jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
-Gambar Royal Press Office
JOHOR BAHRU : Seramai 10 jururawat
Hospital Sultanah Aminah (HSA) menjunjung kasih kepada Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan mengurniakan masing-masing sebuah kereta
Perodua Myvi.
Sultan Ibrahim
mengurniakan kereta-kereta berkenaan bagi menghargai sumbangan serta khidmat
mereka kepada baginda serta keluarga diraja Johor.
Seorang Penyelia
Jururawat, Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006 berkata, dia
melahirkan perasaan kesyukuran di atas kurniaan berkenaan.
“Mewakili mereka yang
lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan di
atas kurniaan ini.
“Besar sungguh nilainya
kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan
Sultan Johor serta keluarga diraja Johor,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Royal Press
Office dalam kenyataan memaklumkan semua kenderaan berkenaan diserahkan dalam
satu majlis berlangsung di Kasawari Motors Sdn. Bhd, Larkin oleh Pengarah
Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Hassan.
Turut berkongsi perasaan
syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan
walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang
lalu.
“Saya bersyukur kerana
dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan
terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga diraja
Johor,” katanya.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment