GEORGE TOWN: Pasangan
muda berjaya melarikan diri dengan bayi lelaki mereka sebelum bilik mereka di
sebuah hotel bajet di Jalan Utama di sini dijilat api.
Jabatan Bomba dan
Penyelamat Pulau Pinang, dalam satu kenyataan hari ini, berkata kebakaran
berlaku kira-kira jam 7 pagi hari ini.
Pasangan itu,
kedua-duanya berusia 20-an, dan bayi mereka, hanya mengalami kesukaran bernafas
kerana menyedut asap terlalu banyak dan mereka dihantar ke Hospital Pulau
Pinang untuk rawatan, katanya.
Dia mengatakan pasukan
bomba mengambil masa selama 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak
ke bilik lain di bangunan hotel tersebut.
Jabatan Bomba dan
Penyelamat Pulau Pinang akan menyiasat lebih lanjut akan punca kebakaran, katanya,
sambil menambah bahawa tiada korban lain dalam kejadian tersebut.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment