GEORGETOWN: Sepasang
suami isteri bersama seorang anak lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU)
sindrom down mengalami sesak nafas selepas bilik sewa yang didiami mereka
terbakar di Jalan Utama di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira
pukul 7 pagi itu, ketiga-tiga mangsa berada di bilik tingkat atas diselamatkan
anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak yang tiba di lokasi
kejadian.
Mangsa kemudian dihantar
ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Balai, A’
Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada
pukul 7.03 pagi dan kurang 10 minit kemudian.
Menurutnya, sebaik sahaja
tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran berlaku melibatkan sebuah billik
hostel kos rendah yang terbakar sepenuhnya.
“Terdapat tiga mangsa
mengalami gangguan pernafasan terdiri pasangan lelaki dan wanita termasuk
seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
“Tindakan anggota adalah
mmemadamkan kebakaran sehingga selesai dengan dibantu pasukan Bomba dan
Penyelamat Bagan Jermal,” katanya di sini pagi ini.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment