Tuesday, 29 September 2020

Cop Parkir boleh dikenakan tindakan undang-undang




Isu Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.



No comments:

Post a Comment