SENAPANG angin buatan
sendiri yang dirampas polis daerah Seberang Perai Utara daripada dua lelaki di
Kepala Batas dan Sungai Petani, Kedah.
BUTTERWORTH: Polis
menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Kepala Batas di sini dan Sungai
Petani, Kedah kelmarin selepas didapati memiliki senapang angin buatan sendiri.
Ketua Polis Daerah
Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya
menahan suspek pertama berusia 43 tahun di sebuah rumah di Penaga, Kepala Batas
kira-kira pukul 12.05 tengah malam.
Menurut beliau, dalam
serbuan itu, polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri, sebuah bekas
mengandungi peluru bearing dan sebuah ‘compressor freezer’ daripada suspek,.
Beliau berkata, hasil
siasatan lanjut membawa kepada penangkapan rakannya iaitu suspek kedua berusia
40 tahun kira-kira pukul 3.20 petang di Sungai Petani, Kedah.
“Hasilnya, polis merampas
selaras lagi senapang angin buatan sendiri bersama sebuah bekas mengandungi
peluru ‘ball bearing’ di dalam sebuah rumah.
“Salah seorang suspek
turut didapati memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan siasatan lanjut
mengenai kes ini sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, kes itu disiasat
mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
– UTUSAN
No comments:
Post a Comment