SEBANYAK 19.2 tan metrik biji kopi Arabica yang cuba dibawa masuk secara tidak sah melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang di sita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang, Jumaat lalu.
BUTTERWORTH: Jabatan
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas
sebanyak 19.2 tan biji kopi Arabica yang cuba dibawa masuk secara tidak sah
melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.
Pengarah Maqis negeri,
Zarina Ramli berkata, produk dari Papua New Guinea itu dirampas semasa
pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari selepas didapati tidak mematuhi
syarat permit import.
Menurut beliau, produk
itu yang dibawa dengan 320 guni disita selepas didapati melanggar syarat import
iaitu ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan
Pelabelan).
“Biji kopi tersebut yang
ditemui di dalam sebuah kontena bernilai RM156,213.57,” katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kes itu
disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia 2011 [Akta 728].
– UTUSAN
No comments:
Post a Comment