FELDA Bukit Easter, Kota Tinggi digemparkan dengan kehadiran kira-kira 18 ekor gajah kelmarin.- MEDIA SOSIAL
KOTA TINGGI: Penduduk di
Felda Bukit Easter dekat sini berdepan detik cemas selepas ‘diserang’ kira-kira
18 gajah liar, petang kelmarin
Mereka menyifatkan
kehadiran haiwan liar tersebut seperti berada di dalam filem Jumanji.
Gajah-gajah itu
dipercayai daripada kumpulan sama yang pernah menimbulkan gangguan sekitar
kawasan Kampung Mawai sehingga meragut nyawa seorang pengawal keselamatan.
Malah haiwan sama pernah
memasuki Kampung Mawai, Kampung Lukut, Kampung Sendayan, Kampung Temenin, Felda
Pasak, Felda Gugusan Lok Heng dan Felda Gugusan Waha.
Bagaimanapun tiada
sebarang insiden termasuk serangan gajah tersebut meskipun beberapa pagar dan
pokok rosak.
Pengarah Perhilitan
negeri, Salman Saaban berkata, pihaknya menggerakkan operasi khas sejurus
selepas menerima laporan kehadiran gajah liar di kawasan perkampungan tersebut.
Pihaknya berjaya
menangkap dua gajah liar yang berkeliaran dekat kawasan hutan di Felda
berkenaan.
“Gajah liar tersebut
merupakan sebahagian kumpulan habitat gajah di Hutan Panti,” katanya dalam
kenyataan semalam.
Katanya, hasil pemantauan
mendapati kumpulan gajah lain telah bergerak keluar dari kawasan Felda ke Hutan
Simpan Seluyut.
“Kita akan terus
melakukan kawalan bagi memastikan kumpulan gajah tidak berpatah balik ke
kawasan Felda tersebut,” katanya.
Terdahulu, tular di
Facebook rakaman video memaparkan gajah liar melalui belakang surau
perkampungan tersebut.
--UTUSANONLINE
No comments:
Post a Comment