PADANG BESAR - Raja Muda
Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bersama
hampir 300 peserta melakukan cabaran Kayuhan Hari Malaysia 2020 sejauh 17
kilometer anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini pada Ahad lalu.
Keberangkatan baginda
yang juga Canselor UniMAP mencemar duli menyertai kayuhan itu menyemarakkan
lagi program Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang mengangkat tema ‘Malaysia
Prihatin’.
Turut berkenan berangkat
hadir ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang
juga Pro Canselor UniMAP.
Naib Canselor UniMAP,
Profesor Ir Dr R Badlishah Ahmad berkata, melalui tema berkenaan, program
kayuhan tersebut bukan sekadar kayuhan semata-mata tetapi ia turut disertakan
dengan program tanggungjawab sosial universiti (USR).
“UniMAP berbesar hati
memberi sumbangan panel solar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda
Tengku Fauziah, Padang Besar yang bakal dimanfaatkan bagi menjimatkan
penggunaan elektrik.
“Selain sumbangan panel
solar, UniMAP melalui Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita (Piskanita) juga
menganjurkan Fun Walk, pertandingan bola jaring persahabatan bersama guru
sekolah itu bagi mengeratkan lagi hubungan di antara UniMAP dan komuniti
setempat serta program USR Klinik Olahraga bersama Nazmizan Muhammad (bekas
raja pecut Asia Tenggara),” katanya pada majlis penutup di Kampus UniCITI Alam
di sini kelmarin.
Hampir 300 peserta
bersama Raja Muda Perlis menyertai Kayuhan Hari Malaysia 2020 UniMAP sejauh 17
kilometer di Padang Besar kelmarin.
Hadir sama Pengerusi
Lembaga Pengarah UniMAP, Raja Datuk Azwane Raja Ariff; Penasihat Undang-undang
Negeri Perlis, Radhi Abas dan Pengerusi PISKANITA UniMAP, Fatimah Danial.
R Badlishah berkata,
sesuai dengan tema Malaysia Prihatin, UniMAP sentiasa komited dan prihatin
dalam membantu kebajikan pelajar menerusi skim bantuan zakat seperti penempatan
kolej kediaman percuma, zakat, tabung amanah khas, bank makanan dan sebagainya.
“Pelajar yang memerlukan
bantuan kewangan juga berpeluang melakukan kerja sambilan dan dibayar gaji
serta berpeluang menjadi usahawan menerusi platform hire me UniMAP.
“Pada tahun 2020, UniMAP
memperuntukkan sebanyak RM500,000 wang zakat untuk diagihkan kepada pelajar
yang memerlukan dengan sasaran lebih 1,200 pelajar,” katanya.
Selain program kayuhan,
Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCITI Alam juga berpeluang menyerlahkan bakat
melukis mural sebagai simbolik tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020.
--SINARHARIAN
No comments:
Post a Comment