GEORGETOWN - Polis
menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang ahli
perniagaan di pesisir pantai belakang sebuah hotel di Batu Feringghi malam
tadi.
Ketua Polis Daerah Timur
Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, beberapa lelaki lagi yang
didakwa terlibat dalam kejadian tersebut kini sedang diburu.
Menurutnya, dalam
kejadian pada jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 40-an mengalami retak di
kedua-dua belah kakinya dan lebam di badan selepas dipukul menggunakan kayu dan
tangan oleh kira-kira 15 lelaki lain.
"Mangsa datang ke
negeri ini untuk bercuti tetapi ketika bersiar-siar di tepi pantai, dia
dikatakan mengajak dua wanita berusia lingkungan 30-an untuk menemaninya dan
salah seorang ialah warga Britain.
"Bagaimanapun,
kedua-duanya wanita itu enggan menerima pelawaan mangsa lalu menjerit meminta
tolong dan tiba-tiba sekumpulan 15 lelaki memukul mangsa sehingga cedera,"
katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di
sini tadi.
Soffian berkata, siasatan
mendapati semua lelaki termasuk tiga yang ditahan tidak mengenali antara satu
sama lain dan mereka berada dalam kumpulan yang berlainan.
"Apabila mendengar
mangsa menjerit, mereka terus datang untuk memberi pertolongan," katanya.
Tambahnya, mangsa
dibenarkan keluar hospital dan dilaporkan stabil manakala dua wanita tersebut
tidak membuat laporan polis.
--SINARHARIAN
No comments:
Post a Comment