BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kubang Pasu merampas 101 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM28,000 di sebuah rumah di Kampung Changhai, Changlun di sini semalam.
Ketua Pegawai Penguat
kuasa KPDNHEP Cawangan Kubang Pasu, K Muniandy berkata, penguat kuasa turut
menyita dua buah lori dengan nilai keseluruhan rampasan RM54,000.
Menurutnya, ketika
serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemilik rumah iaitu seorang wanita
berusia 56 tahun mengaku telah memohon lesen untuk menyimpan barang kawalan
terbabit, namun belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Siasatan lanjut
mendapati wanita terbabit menjalankan kegiatan berkenaan sejak sebulan lalu
dibantu dua anak lelakinya berusia 20-an," katanya kepada pemberita ketika
ditemui di stor KPDNHEP di sini hari ini.
Muniandy berkata, mereka
beroperasi dengan memenuhi permintaan di kawasan sekitar Changlun termasuk
menghantar LPG ke kedai dan rumah penduduk.
Katanya, pihaknya percaya
wanita terbabit mendapat bekalan LPG daripada sebuah syarikat pembekal di
Perlis berikutan penemuan resit urus niaga daripada syarikat berkenaan.
"Kita juga sedang
menyiasat berhubung perkara itu dan wanita itu dilepaskan dengan jaminan
selepas ditahan untuk dirakam percakapan," katanya yang menyiasat kes
berkenaan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
--SINARHARIAN
No comments:
Post a Comment