Gambar kemalangan di
Jalan Raja Laut semalam tular di laman sosial.
KUALA LUMPUR - Seorang
pelajar Tingkatan Lima maut selepas melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki disyaki dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Laut menghala Jalan
Ipoh di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan
dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly
Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, pemandu kereta berusia 36
tahun telah ubah haluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam di
sini.
"Pada masa sama
penunggang motosikal berusia 17 tahun dari arah Jalan Raja Laut telah melanggar
pintu depan kiri kereta jenis Perodua Myvi itu.
"Mangsa disahkan
meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di kepala," katanya.
Zulkefly berkata,
pihaknya mendapati kandungan alkohol dalam darah pemandu kereta itu melebihi
had yang dibenarkan.
"Pemandu itu ditahan
reman empat hari bagi membantu kes disiasat Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987," katanya.
No comments:
Post a Comment