Friday, 4 September 2020

Pesta Pulau Pinang dibatal kerana #Covid19

 

Pesta Pulau Pinang yang merupakan antara tarikan di negeri itu setiap tahun tidak akan dianjurkan pada tahun ini, berikutan keadaan semasa pandemik Covid-19.

Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada 12 Ogos lalu, telah membuat ketetapan bahawa penganjuran Pesta Pulau Pinang pada tahun ini, dibatalkan.

“Berdasarkan keadaan semasa di negeri Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan pademik Covid-19, MMK Pulau Pinang telah membuat ketetapan penganjuran Pesta Pulau Pinang tahun 2020 yang dijadualkan pada 1 Disember ini, adalah dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



 Pesta Pulau Pinang yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, di sini yang kini menjangkau usia 54 tahun itu, menjadi ikon pelancongan di Pulau Pinang, kerana menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, terutama pada Disember setiap tahun. — Bernama

No comments:

Post a Comment